Wednesday, July 9, 2008

Taman Tema Stratchlyde

Adat hidup berkomuniti....."orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa". Masih baru lagi kehidupan di sini, namun bilamana keluarga Saudara Shahbudin & Haizan memanjangkan jemputan untuk kami bersama menyertai aktiviti BBQ di taman Stratchlyde walaupun pada mulanya dikhaskan untuk ahli keluarga kelab bola dan badminton tidak mungkin kami tolak. Maklumlah ini mungkin platform yang sesuai bagi kami beramah mesra dan memperkenalkan diri kepada komuniti di sini. Hanya permintaan agar keluarga kami membawa 4-8 ketul ayam yang diperap (mengikut kesukaan) dan membawa hidangan makanan "ala pot luck" sebagai balasan kami turutkan.
Letih ber"BBQ" kini tibalah masa untuk melepaskan lelah sebelum berangkat pulang ke destinasi masing-masing. Dari kiri Darwisy, Batrisyia, Danish, Nani, Haizan, Syahmi, Ain & Balqish.......eh!eh! where's your papa gone..............far far away to demonstrate their "floor engineering" skills???







Anak-anak bebas berlari dan kreatif ber"posing" tika diminta untuk bergambar mencuit rasa gelihati kami yang memandang. Cuaca panas yang terik mengimbau kembali kenangan seolah berada di Malaysia.

No comments: