Friday, February 27, 2009

Hari Sukan SMG

Hari Sukan ini melibatkan anak-anak komuniti Malaysia di Glasgow. Bertempat di Holyrood Sport Centre dan acara bermula pada pukul 11pagi.
Seperti biasalah, bila aktiviti yang melibatkan anak-anak, selalunya ibu bapa atau orang dewasa yang akan "over excited". Terimbau kenangan tika bersekolah dulu dan tanpa sedar cuba menghidupkan @ menjiwai kembali peristiwa yang kita enjoy dan tanpa malu dan segan, bersama-sama memeriahkan suasana yang sememangnya kecoh dengan keletah kanak-kanak ...... Tak percaya, lihatlah gambar urutlah dada.

Hairan betul dengan si Darwisy nie, bilamana disuruh berposing mesti kena bengkok ke depan atau ke kanan/kiri. Terkenan aper? Ataupun saja nak tunjuk aset mahal dia tu!
Antara yang berkerja keras mengambil gambar anak isteri di hari Sukan...


Cari punya cari...... mana si Darwisy hilang. Rupa-rupanya dikelilingi oleh kawan yg tersendiri, bagus betul... tersangatlah independent, maklumlah mama & papa sibuk mengalahkan kanak2 sekolah.....

Bersedia utk permainan mengumpul gula2 & coklat. Memandangkan sering diajar utk hanya mengambil satu makanan pada satu masa (jgn tamak nanti tuhan marah), maka anda boleh tahu kesudahannya kan..... Salah ajarankah???


Pert. Mencari Harta Karun: Kumpulan Zamrud yang terdiri daripada 4 jelitawan dengan kelebihan tersendiri....

Hmmm tak cukup kuat ke suaraku??? Persoalan yang masih bermain di mindaku sehingga ke saat ini... Syifa ini pertandingan mencari harta karun ke atau pertandingan mendengar di mana harta karun.....

Kesian anak mama, turut menjadi mangsa keadaan.... ahak maksudku semua bahan yang perlu dicari di dalam pencarian harta karun ini mesti diletakkan di dalam lingkungan hula hoop antara lain anak lelaki ..... w/bg manapun kami kalah sbb tak dapat botol susu (uwahhh uwahhh, mcm semua sorokkan botol susu pada tika itu.... ciss mana aci, kump. lain kena cari botol tp kami ada tambahan dekat belakang iskh iskh iskh sadis tul...

Nasib baik papa menang dalam acara mencari/mengenali anak dengan mata tertutup. Kalau anak sendiri pun tak boleh bau .... tak dapek den nak tolong. Kalau mama, rasanya macam mana yer?

Batrisyia di dalam kumpulan Safir @ Kuning. Go Betty Go....

Sibuknya Cikgu Niza tanpa jemu dan terus menerus memberi taklimat utk menang... Brainwash tul....

Confused....ttg permainan nie. Tarik bola dgn hula hoop atau gimrama berirama menggunakan bola. Cuba tengok lenggok tangan Batrisyia tu..... Salah konseplah sayang.

Uiiii berskipping anak dara mama... patutlah badan maintain jer!

Hmmm macam nak tercabut anak mata dan jatuh kelepuk kat dalam sudu tu...
Masa bersukaria sementara menanti saat mendebarkan dada bermula kembali....


Auntie nak tanya Aisyah, ahwat main tarik2 ... tak sabar Batrisyia nak bagi bola ke (slow sgt kot) atau seluar nak terlucut (tulah banyak sangat melompat agaknya)
Anak mama sayang, roll the hoop not carry it.

Kembar yang sudah pasti lain mama & papa...

Shake it & swing it babe!
Detik yang sangat dinanti-nantikan semua..... YIPPIEEEEEEEE.......... Eiiii, sukanya dier. Lihat bukan kanak2 yang very happy, si Rifqi (tukang bagi hadiah) lagi seronok gitu, sehingga terserlah barisan gigi beliau mcm buat iklan ubat gigi gamaknya....