Saturday, July 26, 2008

Mesyuarat Kampung

Alhamdulillah, kami sekeluarga merasa bersyukur dengan perkembangan / situasi yang dilihat di akhir perjalanan mesyuarat kg. Govanhill, Pollockshield & Crosshill sebentar tadi. Lapang dada & ringan kepala melihatkan ahli komuniti yang terpelajar dan berkedudukan saling merendah diri, menerima teguran secara "berlapang dada" dan bertukar pendapat demi kebaikan dan menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjernihkan suasana keruh walaupun pada mula sessi, terperasan juga terdapat segelintir yang sedang dlm keadaan "hot" gitu. Tapi syukur ke hadrat Allah kerana niat yang baik akan sentiasa diberkati jua.
Hilang rasa penat bagi menyediakan persiapan untuk Majlis Muhibbah ni. Terasa penat lelah menyediakan "buah tangan" untuk kanak-kanak (jajan), "berkat" telur untuk dewasa bagi simbol muhibbah, sijil penghargaan bagi AJK sessi lepas dan hadiah untuk keluarga yang ingin pulang ke Malaysia berbaloi tika melihat sesama ahli komuniti yang hadir bersalawat dan bersalaman mahupun berpelukan di akhir sessi mesyuarat.......menjentik perasaan sayu di hati ini. Terlintas di fikiran, inilah yang kami mahukan ......sesama saudara Islam kita berkasihan memandangkan inilah adik beradik/keluarga terdekat yang kita ada tika di perantauan......
Sesungguhnya kita ini insan yang lemah dan saling memerlukan bagi melengkapi kelemahan / kekurangan yang ada......Oleh itu sentiasalah bermuhasabah diri, lihat ke dalam diri kita dan nilaikan secara jujur / telus apa yang diperkatakan atau dilakukan kepada saudara kita sebelum menunding jari menyatakan kita yang sentiasa dipihak benar dan merekalah yang selalu bersalah........fikir-fikirkanlah.....
Gambar tika mesyuarat berlangsung akan saya usahakan nanti........k

2 comments:

Moon said...

Nani, aku kagum..bahasa ko bahasa sastera..plus kat negeri omputeh tu ada mesyuarat kampung eh? pergh nampak sangat aku tak pernah ke obersea..pekabar beb? Sihat? - Moon aka Murni

Anonymous said...

Aiks mesej insyallah pun nak moderate ker???