Tuesday, July 22, 2008
Oh! Strawberry, Cherry & Raspberry...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum wbt....... Detik hidup di perantauan yang tidak dinafikan ada tika dan waktunya banyak mengundang airmata kegembiraan dan kesedihan. Dan bila difikirkan ......mungkin ini dugaan yang harus ditempuhi bagi menguji keimanan dan kekuatan minda dalam menghadapi dugaan . Dan bila dikenangkan ia merupakan kenangan pahit manis yang paling berharga untuk dijadikan pengajaran dan teladan serta sempadan dalam menjalani kehidupan kita seharian......
Detik 27hb March 2008, bermulalah sebuah lagi episod baru di dalam kehidupan kami sekeluarga. Bumi Glasgow dipijak buat pertama kalinya yang bakal memperlihatkan kanvasnya akan turut dipantis oleh warna-warna pelangi oleh kami sekeluarga untuk 3-4 tahun yang mendatang. Cuaca sejuk dan hujan gerimis yang menyambut kedatangan kami seolah-olah ingin mententeramkan perasaan gelisah dengan mendakap kami sekeluarga erat dipelukannya. Dan bermulalah perjalanan hidup suamiku sebagai pelajar University of Glasgow di kota ini dan diriku sebagai surirumah sepenuh masa untuk pertama kalinya...............
Kini 3 bulan telah berlalu yang menyaksikan peristiwa yang pelbagai kami tempoh antaranya ada yang lucu, suka, geram dan sedih bercampur baur yang terus mematangkan kami untuk terus berjuang di perantauan. Dan kini kami merasakan perlu adanya "seseorang" atau "tempat" untuk mencurah segala perasaan yang terbuku serta berkongsi saat-saat indah yang tidak mungkin dilupakan. Maka bermulalah nukilanku yang tidak seberapa ini sebagai catatan memori kehidupan kami di rantau orang............
Salam dari Glasgow untuk semua dari kami sekeluarga: Deen, Nani, Nur Anis Batrisyia, Muhammad Aisy Darwisy & Muhammad Aisy Danish
No comments:
Post a Comment