Thursday, July 10, 2008

Sepetang di Queens Park


Kesian dekat anak-anak (dengan mamanya sekali sebenarnya).......bosan asyik terkurung dalam rumah. Aktiviti rutin cuma menjemput Batrisyia pulang dari sekolah pukul 3 petang. Maklumlah hendak keluar cuaca sejuk dan berangin.....satu lagi mama ada dua kaki&tangan saja, dibuatkan Darwisy lari ke arah timur....Danish lari arah selatan....Batrisyia; I doubt she will behave that way......so tak ke naya. Siapa yang nak tolong kejarkan........ So akhir kata kena tunggu papa "available" sahaja baru kami sekeluarga akan keluar bersiar-siar di taman berdekatan perumahan kami.
So aktiviti terpilih hari ini adalah acara melawat swan & merpati....Habis sebalang biskut coklat & vanila dikerjakan anak-anak bertuah ni.......Ingatkan sebagai snack tika bersantai.....tup tup...disedekahkan dekat swan & merpati. Mat Salleh lain pun hairan apa pasal roti diaorang tak laku....Rahsia mengapa haiwan ini tertarik deboom sampai kerumun kitaorang ialah........................................................................kan dah diberitahu tadi biskut coklat & vanilla (haiwan pun ada taste juga sama mcm Siti punya keslah..... strawberry celup coklat tu!!!!!)




Lepas kenyang perut swan & merpati tu........kami singgah sebentar di Taman Mawar(Rose). Jiwanglah pula si papa kita ni......sibuk menghidu bau bunga mawar yang bermacam warna tu (kuning, putih, pink & merah). Kelakar rasanya.......Anak-anak siap bagus punya "landing" dekat rumput yang dipenuhi dengan bunga daisy & buttercup (nama bunga ni Batrisyia yang tolong updatekan.......kalau tak minta maaflah "tak dapek eden nak sobutkan")




No comments: