Friday, February 27, 2009

Hari Sukan SMG

Hari Sukan ini melibatkan anak-anak komuniti Malaysia di Glasgow. Bertempat di Holyrood Sport Centre dan acara bermula pada pukul 11pagi.
Seperti biasalah, bila aktiviti yang melibatkan anak-anak, selalunya ibu bapa atau orang dewasa yang akan "over excited". Terimbau kenangan tika bersekolah dulu dan tanpa sedar cuba menghidupkan @ menjiwai kembali peristiwa yang kita enjoy dan tanpa malu dan segan, bersama-sama memeriahkan suasana yang sememangnya kecoh dengan keletah kanak-kanak ...... Tak percaya, lihatlah gambar urutlah dada.

Hairan betul dengan si Darwisy nie, bilamana disuruh berposing mesti kena bengkok ke depan atau ke kanan/kiri. Terkenan aper? Ataupun saja nak tunjuk aset mahal dia tu!
Antara yang berkerja keras mengambil gambar anak isteri di hari Sukan...


Cari punya cari...... mana si Darwisy hilang. Rupa-rupanya dikelilingi oleh kawan yg tersendiri, bagus betul... tersangatlah independent, maklumlah mama & papa sibuk mengalahkan kanak2 sekolah.....

Bersedia utk permainan mengumpul gula2 & coklat. Memandangkan sering diajar utk hanya mengambil satu makanan pada satu masa (jgn tamak nanti tuhan marah), maka anda boleh tahu kesudahannya kan..... Salah ajarankah???


Pert. Mencari Harta Karun: Kumpulan Zamrud yang terdiri daripada 4 jelitawan dengan kelebihan tersendiri....

Hmmm tak cukup kuat ke suaraku??? Persoalan yang masih bermain di mindaku sehingga ke saat ini... Syifa ini pertandingan mencari harta karun ke atau pertandingan mendengar di mana harta karun.....

Kesian anak mama, turut menjadi mangsa keadaan.... ahak maksudku semua bahan yang perlu dicari di dalam pencarian harta karun ini mesti diletakkan di dalam lingkungan hula hoop antara lain anak lelaki ..... w/bg manapun kami kalah sbb tak dapat botol susu (uwahhh uwahhh, mcm semua sorokkan botol susu pada tika itu.... ciss mana aci, kump. lain kena cari botol tp kami ada tambahan dekat belakang iskh iskh iskh sadis tul...

Nasib baik papa menang dalam acara mencari/mengenali anak dengan mata tertutup. Kalau anak sendiri pun tak boleh bau .... tak dapek den nak tolong. Kalau mama, rasanya macam mana yer?

Batrisyia di dalam kumpulan Safir @ Kuning. Go Betty Go....

Sibuknya Cikgu Niza tanpa jemu dan terus menerus memberi taklimat utk menang... Brainwash tul....

Confused....ttg permainan nie. Tarik bola dgn hula hoop atau gimrama berirama menggunakan bola. Cuba tengok lenggok tangan Batrisyia tu..... Salah konseplah sayang.

Uiiii berskipping anak dara mama... patutlah badan maintain jer!

Hmmm macam nak tercabut anak mata dan jatuh kelepuk kat dalam sudu tu...
Masa bersukaria sementara menanti saat mendebarkan dada bermula kembali....


Auntie nak tanya Aisyah, ahwat main tarik2 ... tak sabar Batrisyia nak bagi bola ke (slow sgt kot) atau seluar nak terlucut (tulah banyak sangat melompat agaknya)
Anak mama sayang, roll the hoop not carry it.

Kembar yang sudah pasti lain mama & papa...

Shake it & swing it babe!
Detik yang sangat dinanti-nantikan semua..... YIPPIEEEEEEEE.......... Eiiii, sukanya dier. Lihat bukan kanak2 yang very happy, si Rifqi (tukang bagi hadiah) lagi seronok gitu, sehingga terserlah barisan gigi beliau mcm buat iklan ubat gigi gamaknya....

Yeh! yeh! Salji Turun Lagi

Hari ini salji turun lagi dengan lebatnya. Maka di sana sini hanya warna putih menyelubungi pemandangan.... Lokasi penggambaran utama seperti biasa sekeliling kawasan rumah dan juga Queens Park serta dalam kereta. Dari pagi membawa ke malam, sambil bertandang ke rumah rakan.... berposing .... pulang ke rumah pun .... berposing lagi .... letih muka rasanyer...









Menyusur jalan ke Queens Park... sessi suka ria & penggambaran pagi ini hanya melibatkan kami berempat sahaja memandangkan Batrisyia bersekolah sessi pagi, maka si Darwisy yang bersekolah sessi petang ceria dan menanti masa untuk bergolek-golek di atas salji lagi....

Salji Lebat di Bumi Glasgow

Akhirnya penantian kami berakhir, bilamana salji turun dengan lebatnya pada hari ini. Tiada hujan seperti selalu yg sering mengecewakan kami dengan mencairkan gugusan salji tanpa sempat ia mencecah ke bumi Glasgow... Walau pada mulanya agak tension sbb rasa agak terganggu dgn kebasahan dan pandangan yg agak terbatas bilamana salji terlalu lebat ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah... Namun, bila sessi persekolahan berakhir, apa lagi Queens Park menjadi tumpuan memandangkan lokasinya hanya bersebelahan dengan kaw. rumah kami... Tunggu apa lagi, mari kita enjoy!!!
Okaylah, emak berpesan untuk memaparkan gambar-gambar cucunya dulu baru lipur lara yang mengarut-ngarut yer... Anak solehah kena dengar cakapkan, maka kita bercerita di lain ruangan masa okay.








Pemandangan dari pintu masuk Queens Park mengarah ke taman mawar.
Manakala, ini merupakan pemandangan dari tangga bukit mengarah ke kawasan perumahan dan kedai...

Hmmm, masa untuk meluncur..............
Si Darwisy, tak peduli dengan siapa dia meluncur janji dapat meluncur....

Culture Performance @ Global Village

Ahak ahak macam tak percaya yang daku masih boleh menari walaupun dah lama tidak berlatih. Mula2 memang keras + kekok.... namun berkat tunjuk ajar Dr Ida Pratt (cikgu bedah yg brutal) dan latihan keras sampai bergegar lantai rumah daku sampai tengah malam dek lompatan ala ala manja mafia kitaorang terutamanya bila si Hayah mengayunkan pinggulnya auwwwww(mcm ????......lawak tul semuanya) serta sokongan padu daripada keluarga masing2, kami berjaya mempamerkan tarian Melayu yang sopan gitu. Lawaknyer semua perasan macam bagus jer walaupun ada salah silap tp pandai cover & maintain ayu sentiasa......

Banyak gambar waktu persembahan tiada padaku....(memanglah kalau aku yang menari dan sibuk ambil gambar.... aper cerita & macam mana kan kan kan.... gila kuasa aper). Namun akan kuusahakan yer..... percayalah!!! Maka gambar selepas persembahan saja yang mampu ku hidangkan buat tatapan keluarga.... Teringat masa sibuk berdikir barat dulu beb! Hidup Moon & d gengs... Hidup Bangsarian...


Uiiii, Hayah aksyen ngan rambut palsunya, Su & Sakinah tgh over excited, Kak Chik mcm biasalah tersengih jer.... walaupun bilik belajarnya habis kitaorang sepahkan....

Ida Pratt (si cikgu bedah yg brutal)..... bukan sekadar doktor O&G biasa, kalau kucing tengok dia menari mesti terus bersalin normal x payah operate dah.....ha ha ha

Si Hayah, si doktor kuda nie pulak cuba mempraktiskan renungan kepala kuda sambil berpaut manja kearah suaminya, ala ala kuda sakit nak beranak atau x lepas angin gitu..... Tengah pening tunggu kepala kuda dier yang tak tiba2 lagi kot! Nani kena control sopan sbb bergambar di depan bilik laki ku daaaaa.....

AVIEMORE.... here we come

Puihhhh!!! speaking London gitu..... Jgn prejudis, maklumlah nak pi main salji tu..... yeh! yeh! nak main salji.... Bukan anak2 yg naik syok, mak bapak lagi dahsyat darjah "kesyokkannya" sehingga makan tak kenyang, mandi tak basah. Tapi, cuba difikirkan secara logik....ye.. mcm mana nak kenyang & basah sbb cuma sampai termimpi2 dlm tidur jer!!!
Tercapai juga hasrat mrk yg nak bermain salji.......ke Cairgorn Mountain, Aviemore kami tuju beramai-ramai. Walau demam, kugagahkan juga. Segala rintangan termasuklah tiada penginapan .... sehinggakan tali kipas keretaku putus di tengah jalan dan berangkat pulang menaiki trak penunda kami harungi..... demi bermain salji (sbb dijangka akan turun pada hari ini - 01/01/09), kami turutkan.
Nanti cerita lagi yer......nak paparkan gambar dulu....

























Tasik yg beku di musim ini membolehkan kami beraktiviti di atasnya tanpa rasa was2. Subhanallah...