Sunday, August 31, 2008
Seharian di Stirling & Taman Safari.......
Sabarlah tengah menikmati pemandangan di luar istana sekejap....Lepas ni beta paparkan aktiviti beta sekeluarga di Taman Safari dan aktiviti makan2 di tepi kubur k!
*************************************************************************************
Hmmm bagaimana penantian anda... tidak disangka ia mengambil masa berbulan-bulan lamanya ye! Sekadar untuk mengesahkan atau dalam kata lain cuba membuktikan sama ada perumpamaan lama "Penantian itu satu penyeksaan" itu benar, tidak ada yang tidak benar melainkan yang benar belaka..... ternyata ianya memang BENAR ... gitu ehek! ehek!
Aktiviti hari ini cuma ingin memenuhi permintaan anak2 tersayang dan memandangkan kami belum berpengalaman ke "zoo" yang mana anda boleh melalui kawasan @ melihat haiwan tersebut dengan secara dekat dengan berjalan kaki (di tempat yg disediakan) atau menaiki kereta dgn cermin perlu ditutup sentiasa.....jeng jeng jeng... Punyalah suspen pada mulanya masa hendak melalui kawasan pak belang mahupun raja rimba kita, tup tup... angin M.A.L.A.S. ku telah berjangkit kepada mereka. Huhhhh agak frust tetapi ada satu peristiwa membuatkan aku rasa berbaloi sangat perjalanan hari ini dan peristiwa itu kami rekodkan dengan video kamera yang hanya boleh ditonton oleh 18thn ke atas...... Sedikit petunjuk untuk anda, aksi panas si badak ........ kuang kuang kuang..... jgn mare!
Akan ku tuliskan peristiwa disebalik gambar kerana sekadar gambar sukar diungkapkan cerita yang berlaku. Namun itu akan ku usahakan secara berdikit bilamana masa mengizinkan.....
Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Laungan tu pun dah menunjukkan betapa bangganya aku menjadi anak Malaysia......Itu belum tengok anak2 aku menyanyi lagu merdeka versi syok sendiri dan hidungku yg kembang kuncup membuktikan kebanggaanku.......Nantikan kemunculannya......sebentar nanti
Hari Keluarga Glasgow & Pilihanraya DUN Glas...
Oppssss sedang melalui pemeriksaan "puspakom" agar tidak disaman nanti. Nantikan kandungannya.....adakah ia sensasi @ "hot fm". Tunggu!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Hari Keluarga Govanhill, Pollockshield & Crosshill + hill + hill + hill......
Tanggal 02hb August 2008, merupakan majlis kedua yang dilangsungkan yang melibatkan komuniti .....hill. Selepas beberapa minggu slot harian/malam para AJK dipenuhi dengan aktiviti perbincangan, perancangan dan perlaksanaan awal (part I) spt memutuskan pembahagian tugasan dan belanjawan bagi menjayakan majlis mengambil tempat. Kini tiba, perlaksanaan pembahagian tugasan "part II" yang melibatkan warga komuniti sendiri............
Terbit juga rasa kerisauan sekiranya tidak mendapat kerjasama yang jitu dari pihak yang diharapkan. Dengan kuantiti bahan makanan mentah & kering yang diedarkan agak besar (alhamdulillah dimurahkan rezeki olehNYA kepada kita semua), memang tidak dapat dielakkan rasa was-was samaada perjalanan pembelian dan pembahagian barangan keperluan untuk penyediaan makanan kepada keluarga terpilih dapat berjalan lancar atau sebaliknya. Tugasan memerap 600 ketul ayam + 1 1/2 ekor kambing, menanak nasi dll yang kalau boleh ingin dilibatkan kepada semua.... namun apa daya, kekurangan tenaga kerja dan memikirkan permasalahan yang mungkin timbul membantutkan niat murni itu. Terlalu memikirkan apa yang orang akan fikir (takut mengguris hati mana2 pihak) sampai aku nak draf & hantar e-mail melibatkan majlis ini mengambil masa teramatlah lamanya.....(buat tesis atau paperwork pun tak rasa teruk macam tu....beb. Maaf itu masalah aku... okay)...........
Namun syukur semua memahami dan bersedia menyediakan juadah "ala pot luck" lagi bagi memeriahkan majlis dan pada masa yang sama dapatlah mempamerkan skill memasak yang terendam selama ini. Syabas babe! Terima kasih daun keladi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis kita ini......baik kepada yang memasak, si pembawa makanan/kereta/bas, tukang kipas......oppss kipas BBQlah (cissss mesti dah ingat yang bukan2 ni), mengatur aktiviti sukaneka sehinggalah ke tukang makan (tanpa anda pasti pembaziran akan berlaku....). Tapi aku tengah bermasalah nak cari gambar untuk memperlihatkan betapa dahsyat & brutalnya komuniti Melayu Glasgow menjajah taman sekitar hingga menjadi tumpuan Mat/Mek Salleh yang hanya mampu mengambil bauuuuuu sahaja......(macam cerita P Ramlee lah pulak). Al maklumlah aku terlalu buat2 sibuk sangat hari itu (maklumlah jadi tukang cari barang, tukang "tapau" untuk saudara yang nak balik, tukang jaga barang, tukang rujuk aturcara, pemangku ceti, peserta aktiviti sukaneka dsbgnya menyebabkan gambar aku kemana, anak & suamiku pun aku lupa, ehhh apa lagi yang aku lupa ha??? Tengah tunggu sahabat hantar gambar2 ceria di Hari Keluarga....... Bila dapat nanti, akan ku "postkan" gambar yang menarik, tertarik and boombastik untuk tatapan anda seisi keluarga...... Memang dijamin mencuit...cuit...dan cuit lagi hati dan mana2 kawasan yang sewaktu dengannya......... Ooiiiii mana gambar ni, dah sebulan dah ooooiiiiiiii.........lotih betoi eden ngan korang nie........
Thursday, August 28, 2008
Hmmmmmm biarlah berlalu......
Diam tak diam hampir sebulan berlalu tanpa ada catatan dariku......Bulan ini yang boleh ku gambarkan sebagai bulan membuai / melayan perasaan @ demam kerinduan yang begitu bergelora sehingga terkadang mempengaruhi akal warasku tika membuat keputusan atau mentafsirkan sesuatu keadaan......
Kerana terlalu asyik melayan dan menganyam perasaan sayu dan rindu yang sarat "bersarang" di dada, kerap "berlarian" di mata, sering "bermain" di fikiran dan "berkumandang" di pendengaran mengakibatkan minda dan tubuhku lesu hingga terjejas kesihatan, tumpuan dan perhatian kepada keluarga dan tugasan terpaksa ku sisihkan ..........Hanya untuk menurut nafsu agar mencari kegembiraan yang ku tahu hanya sementara @ "munafik" sebagai kepuasan sementara dengan harapan semoga perasaan "blues" yang bertamu ini berlalu bila "permintaannya" telah ku penuhi walau tidak sepenuhnya.
Alhamdulillah, kini ku kembali untuk terus mencoretkan kanvas kehidupan ku di sini dengan warna warna pelangi dengan catatan / nukilan cerita / pengalaman tika menganjurkan @ menghadiri pertemuan mahupun tika melawat sekitar Glasgow, dengan harapan dapat membuahkan kembali senyuman dibibir tika membacanya......
Maaf kerana aku hanya insan yang lemah dan tidak berdaya menolak dugaan yang mendatang. Oleh itu, diperlukan sokongan bukan sahaja dalam bentuk tutur kata malah "bahasa tubuh" (yang seringkali tidak disedari boleh mengguris rasa) yang mengalu-alukan kehadiranku, tidak hanya cuma menelek kekuranganku tapi cuba melengkapi kelemahan itu di atas kelebihan yang dianugerahi......
Jutaan keampunan ku pinta dari suamiku tersayang dan anak2 kiranya terasa tersisih atau terluka dengan perlakuan atau tutur ku yang tidak kusedari mungkin menghiris perasaan dan terima kasih suamiku kerana mengambil kira, melayan dan berusaha "mencairkan" perasaan "bosan" tika ia bertamu. Serta sahabat sekeliling yang mungkin terasa "kelainan" dari segi layanan mahupun buah fikiran yang dilayangkan tika kewarasan tidak menakluki pemikiran...maaf jua kupinta.
Bagiku kini hmmmmm......biarlah ia berlalu dan kini aku bersedia untuk terus berjuang bagi hari mendatang.......
Wa caya sama gua.........babe!
Wednesday, July 30, 2008
Pertemuan & Perpisahan
Semalam, dianjurkan majlis makan malam bersama saudara Nordin & Shaliza sekeluarga yang akan pulang ke tanah air pada Khamis (31 Julai). Dan keluarga kami turut diundang menjadi penganjur bersama. Namun, kami hanya merupakan penganjur kecil yg hanya membawa popiah "yg kurang siap mukanya" + kek & mufin coklat "tunjuk" gitu berbanding penganjur yg lain (keluarga Jaslina & Azril - dgn masakan tomyam nyam nyam sekawah - siap tapau lagi utk kami - terima kasih daun keladi ye!, keluarga Haizan & Shahbudin serta Aisyah yg "if possible" semua lauk / dessert nak prepare - he he he jgn mare sampai kami tak tahu nak masak apa.....namun sambal udang petai mu mengikat perut suami ku, mungkin lama tak jumpa petai gamoknyer & keluarga Lina & Zaidi dgn salad tuna dan sambal belacannya). You all memang best betul.....tidak berkira dan sentiasa cuba memberi yg terbaik....insyaAllah didoakan semua dimurahkan rezeki hendaknya....Eh!eh lupa pulak....Kak Chik manis berkebaya hitam dengan sambal telurnya tidak dilupakan...memeriahkan lagi perjalanan majlis ini.
Seronok betul dapat makan ramai-ramai macam ni & terimbau lagi kenangan kat M'sia (rumah mak) as kami adik beradik kerap berkumpul dihujung minggu menikmati bersama masakan mak + hidangan cik "KFC" & cik "Pizza" tajaan keluarga kami. Memang sayu betul....phewww diluar org lihat saya galak ketawa kesukaan namun dalam hati siapa yg tahu. Even though masa wake up this morning, masih terasa "blues" dan air mata apatah lagi setia menitik sehingga selesai menaip (sensitif betul). Sesungguhnya sering dikenali sebagai orang yg keras hati, tegas, kelihatan sombong namun terkadang berperangai gila-gila & "over"peramah bagi menceriakan suasana. Tetapi hakikatnya bila dikenali secara rapat ...............(oppppsss tu rahsia mana boleh tau.......I tak rela u). Cuma diharapkan anda kenali hati budi seseorang dulu sebelum mentafsirkan siapa mereka.
Berbalik kepada tajuk kita hari ini, mengenali keluarga Shaliza tidak lama memandangkan kami pun baru 4 bulan di sini. Namun saya mengingati beliau kerana trademarknya yg suka tersenyum setiap kali kami berpandangan. Alhamdulillah keluarga beliau sudah berjaya melalui cabaran yg sepatutnya dilalui sebagai pelajar mahupun perantau di sini. Difahami beliau sekeluarga tidak pulang ke Malaysia sepanjang 4 tahun berada di sini....(a yo yo... respect betul dgn diaorang ni). Sebab itu, perasaan membuak-buak & berkobar-kobar utk balik terpancar di air muka dan gaya percakapan mereka. Didoakan segala apa yg terbaik utk mereka dan semoga selamat sampai ke Sabah dan meneruskan perjuangan utk mendidik anak bangsa dgn ilmu yang diperolehi di sini..aminnnnnn.
Rasa rindu pada keluarga di M'sia & S'pore, jangan cakaplah.....Apatah lagi si Danish setiap kali nak makan hidangan yg dia suka pasti akan sebut....ini utk mama,papa,kakak,darwisy,nenek(mamak),achu,atuk,uwa, aiman,along(pak&maklong),itam(mak&pak itam), aina, alif...... bla bla bla. Punyalah panjang mukadimah dia tapi layan jerlah......Si kakak & abang, tak pulak macam tu.....lepas baca doa terus "sebat" masuk mulut. Hmmmm macam2 karaktor budak2 ni. Memang tengah "homesick" sesangat ni. InsyaAllah ada rezeki, kami akan pulang melawat keluarga. Lebih2 lagi bila dimaklumkan saudara kami di S'pore, Julie dijangka hanya mampu bertahan utk tempoh 6 bulan selepas pembedahan beliau, & nak lihat perkembangan Uwa (M.Anuar Affendy) anak istimewa kami yg telah disahkan mengalami "sawan senyap" pulak on top of "kekurangan" yg sedia ada sekarang dan keadaan nenekku selepas pembedahan....masih sakit lagi ke!!. Maklumlah luka pembedahan boleh nampak tapi apa yg tersirat dalam hati orang tua tu, anak2 boleh tafsirkan ke? Dan ahli keluarga yg lain, rakan2 & jiran2 yg sudah pasti dalam senarai orang yg kami rindui.
Sesungguhnya sangat mempercayai akan setiap "pertemuan pasti akan ada perpisahan" & setiap "perpisahan mungkin akan dijanjikan semula dengan pertemuan", cuma diketahui atau tidak diketahui bila dan dimana.........Namun yg pasti ia akan berlaku tatkala kita telah atau tidak merancangnya. Tapi Allah jua yang menentukannya. Oleh itu hargailah sesiapa jua yg anda sayangi atau kenali bilamana mereka ada di depan mata......kerana tidak diketahui bila kita akan dipisah @ dipertemukan semula.... namun sekiranya ketahuan akan tarikh pertemuan tersebut, mungkin tika itu hanya kita atau mereka yg masih mampu bersuara atau .......... Wallahuallam
Saturday, July 26, 2008
Mesyuarat Kampung
Alhamdulillah, kami sekeluarga merasa bersyukur dengan perkembangan / situasi yang dilihat di akhir perjalanan mesyuarat kg. Govanhill, Pollockshield & Crosshill sebentar tadi. Lapang dada & ringan kepala melihatkan ahli komuniti yang terpelajar dan berkedudukan saling merendah diri, menerima teguran secara "berlapang dada" dan bertukar pendapat demi kebaikan dan menunjukkan komitmen yang jitu bagi menjernihkan suasana keruh walaupun pada mula sessi, terperasan juga terdapat segelintir yang sedang dlm keadaan "hot" gitu. Tapi syukur ke hadrat Allah kerana niat yang baik akan sentiasa diberkati jua.
Hilang rasa penat bagi menyediakan persiapan untuk Majlis Muhibbah ni. Terasa penat lelah menyediakan "buah tangan" untuk kanak-kanak (jajan), "berkat" telur untuk dewasa bagi simbol muhibbah, sijil penghargaan bagi AJK sessi lepas dan hadiah untuk keluarga yang ingin pulang ke Malaysia berbaloi tika melihat sesama ahli komuniti yang hadir bersalawat dan bersalaman mahupun berpelukan di akhir sessi mesyuarat.......menjentik perasaan sayu di hati ini. Terlintas di fikiran, inilah yang kami mahukan ......sesama saudara Islam kita berkasihan memandangkan inilah adik beradik/keluarga terdekat yang kita ada tika di perantauan......
Sesungguhnya kita ini insan yang lemah dan saling memerlukan bagi melengkapi kelemahan / kekurangan yang ada......Oleh itu sentiasalah bermuhasabah diri, lihat ke dalam diri kita dan nilaikan secara jujur / telus apa yang diperkatakan atau dilakukan kepada saudara kita sebelum menunding jari menyatakan kita yang sentiasa dipihak benar dan merekalah yang selalu bersalah........fikir-fikirkanlah.....
Gambar tika mesyuarat berlangsung akan saya usahakan nanti........k
Tuesday, July 22, 2008
Festival Sungai di Glasgow
Kitaorang nie asyik dok bergambar je......(aktiviti penting). Dah puas bergambar baru cari tempat nak lepak dan bagi "can" kat anak2 pula bermain....... Time utk "adult" to recharge battery sebelum pulang.......Sebelum tu sudi-sudikanlah menatap aksi2 kami di atas, tepi & dalam kapal ....maaf bawah kapal tak berani lagi......mungkin lain kali......k
Oh! Strawberry, Cherry & Raspberry...
Subscribe to:
Posts (Atom)