Thursday, August 28, 2008

Hmmmmmm biarlah berlalu......

Diam tak diam hampir sebulan berlalu tanpa ada catatan dariku......Bulan ini yang boleh ku gambarkan sebagai bulan membuai / melayan perasaan @ demam kerinduan yang begitu bergelora sehingga terkadang mempengaruhi akal warasku tika membuat keputusan atau mentafsirkan sesuatu keadaan......
Kerana terlalu asyik melayan dan menganyam perasaan sayu dan rindu yang sarat "bersarang" di dada, kerap "berlarian" di mata, sering "bermain" di fikiran dan "berkumandang" di pendengaran mengakibatkan minda dan tubuhku lesu hingga terjejas kesihatan, tumpuan dan perhatian kepada keluarga dan tugasan terpaksa ku sisihkan ..........Hanya untuk menurut nafsu agar mencari kegembiraan yang ku tahu hanya sementara @ "munafik" sebagai kepuasan sementara dengan harapan semoga perasaan "blues" yang bertamu ini berlalu bila "permintaannya" telah ku penuhi walau tidak sepenuhnya.
Alhamdulillah, kini ku kembali untuk terus mencoretkan kanvas kehidupan ku di sini dengan warna warna pelangi dengan catatan / nukilan cerita / pengalaman tika menganjurkan @ menghadiri pertemuan mahupun tika melawat sekitar Glasgow, dengan harapan dapat membuahkan kembali senyuman dibibir tika membacanya......
Maaf kerana aku hanya insan yang lemah dan tidak berdaya menolak dugaan yang mendatang. Oleh itu, diperlukan sokongan bukan sahaja dalam bentuk tutur kata malah "bahasa tubuh" (yang seringkali tidak disedari boleh mengguris rasa) yang mengalu-alukan kehadiranku, tidak hanya cuma menelek kekuranganku tapi cuba melengkapi kelemahan itu di atas kelebihan yang dianugerahi......
Jutaan keampunan ku pinta dari suamiku tersayang dan anak2 kiranya terasa tersisih atau terluka dengan perlakuan atau tutur ku yang tidak kusedari mungkin menghiris perasaan dan terima kasih suamiku kerana mengambil kira, melayan dan berusaha "mencairkan" perasaan "bosan" tika ia bertamu. Serta sahabat sekeliling yang mungkin terasa "kelainan" dari segi layanan mahupun buah fikiran yang dilayangkan tika kewarasan tidak menakluki pemikiran...maaf jua kupinta.
Bagiku kini hmmmmm......biarlah ia berlalu dan kini aku bersedia untuk terus berjuang bagi hari mendatang.......
Wa caya sama gua.........babe!

1 comment:

Daffodil said...

hik hik hik... ('',)

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum
Ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu... amatlah berharga

Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman
Terjalinlah... ikatan...