Friday, February 27, 2009
Hari Sukan SMG
Hari Sukan ini melibatkan anak-anak komuniti Malaysia di Glasgow. Bertempat di Holyrood Sport Centre dan acara bermula pada pukul 11pagi.
Seperti biasalah, bila aktiviti yang melibatkan anak-anak, selalunya ibu bapa atau orang dewasa yang akan "over excited". Terimbau kenangan tika bersekolah dulu dan tanpa sedar cuba menghidupkan @ menjiwai kembali peristiwa yang kita enjoy dan tanpa malu dan segan, bersama-sama memeriahkan suasana yang sememangnya kecoh dengan keletah kanak-kanak ...... Tak percaya, lihatlah gambar urutlah dada.
Yeh! yeh! Salji Turun Lagi
Hari ini salji turun lagi dengan lebatnya. Maka di sana sini hanya warna putih menyelubungi pemandangan.... Lokasi penggambaran utama seperti biasa sekeliling kawasan rumah dan juga Queens Park serta dalam kereta. Dari pagi membawa ke malam, sambil bertandang ke rumah rakan.... berposing .... pulang ke rumah pun .... berposing lagi .... letih muka rasanyer...
Salji Lebat di Bumi Glasgow
Akhirnya penantian kami berakhir, bilamana salji turun dengan lebatnya pada hari ini. Tiada hujan seperti selalu yg sering mengecewakan kami dengan mencairkan gugusan salji tanpa sempat ia mencecah ke bumi Glasgow... Walau pada mulanya agak tension sbb rasa agak terganggu dgn kebasahan dan pandangan yg agak terbatas bilamana salji terlalu lebat ketika menghantar dan mengambil anak dari sekolah... Namun, bila sessi persekolahan berakhir, apa lagi Queens Park menjadi tumpuan memandangkan lokasinya hanya bersebelahan dengan kaw. rumah kami... Tunggu apa lagi, mari kita enjoy!!!
Okaylah, emak berpesan untuk memaparkan gambar-gambar cucunya dulu baru lipur lara yang mengarut-ngarut yer... Anak solehah kena dengar cakapkan, maka kita bercerita di lain ruangan masa okay.
Culture Performance @ Global Village
Ahak ahak macam tak percaya yang daku masih boleh menari walaupun dah lama tidak berlatih. Mula2 memang keras + kekok.... namun berkat tunjuk ajar Dr Ida Pratt (cikgu bedah yg brutal) dan latihan keras sampai bergegar lantai rumah daku sampai tengah malam dek lompatan ala ala manja mafia kitaorang terutamanya bila si Hayah mengayunkan pinggulnya auwwwww(mcm ????......lawak tul semuanya) serta sokongan padu daripada keluarga masing2, kami berjaya mempamerkan tarian Melayu yang sopan gitu. Lawaknyer semua perasan macam bagus jer walaupun ada salah silap tp pandai cover & maintain ayu sentiasa......
AVIEMORE.... here we come
Puihhhh!!! speaking London gitu..... Jgn prejudis, maklumlah nak pi main salji tu..... yeh! yeh! nak main salji.... Bukan anak2 yg naik syok, mak bapak lagi dahsyat darjah "kesyokkannya" sehingga makan tak kenyang, mandi tak basah. Tapi, cuba difikirkan secara logik....ye.. mcm mana nak kenyang & basah sbb cuma sampai termimpi2 dlm tidur jer!!!
Tercapai juga hasrat mrk yg nak bermain salji.......ke Cairgorn Mountain, Aviemore kami tuju beramai-ramai. Walau demam, kugagahkan juga. Segala rintangan termasuklah tiada penginapan .... sehinggakan tali kipas keretaku putus di tengah jalan dan berangkat pulang menaiki trak penunda kami harungi..... demi bermain salji (sbb dijangka akan turun pada hari ini - 01/01/09), kami turutkan.
Nanti cerita lagi yer......nak paparkan gambar dulu....
Subscribe to:
Posts (Atom)